Kenyataan YB Flovia Ng mengenai persempadanan DUN Sook dan Tulid

Saya difahamkan ada timbulnya kebimbangan mengenai persempadanan DUN Sook dan Tulid. Seperti kita sedia maklum, DUN 44 Tulid adalah DUN baharu yang dahulunya di dalam DUN Sook.

DUN Tulid di luluskan oleh kuasa Parlimen berdasarkan kajian persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). SPR pula membuat persempadanan baru berpandukan data yang sedia ada.

Pusat membuang undi adalah ditentukan oleh pihak SPR dan diluar bidang kuasa mana-mana parti politik yang bertanding atau wakil rakyat kemudian.

Terdahulunya pejabat saya telah menghubungi pihak berkenaan termasuk pihak DUN Sook untuk memperhalusi persempadanan antara dua DUN ini. Sementara proses ini berlangsung, kami memberi ruang dan kebebasan untuk mana-mana rakyat yang terjejas untuk memilih wakil rakyat yang mereka mahu bersama.

Sedia maklum saya dan YB Datuk Ellron Angin telah lama bekerjasama. Malah saya dahulunya adalah Ketua Wanita Bahagian yang diketuai oleh YB Datuk Ellron. Maka kami ada sejarah hubungan kerjasama rapat.

Kedua-dua DUN Sook dan Tulid juga diwakili oleh StarSabah dalam kerajaan yang sama. Maka kami akan teruskan kerjasama rapat untuk kebajikan rakyat di kedua-dua DUN atas kapasiti kami sebagai ADUN dan juga penjawat potfolio dalam kabinet negeri.

Kita jaga kita. Sekian.

YB Flovia Ng