Pemimpin kerajaan baru GRS melaksanakan tanggungjawap kepada rakyat sebaik sahaja menerima perlantikan jawatan

Rosch’kint Rosland Kint

Kota Kinabalu, 16 Oktober 2020 : Penduduk Kg.Toboh Laut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Datuk Robert Tawik ADUN N.40 Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah, atas bantuan yang diberikan kepada penduduk kampung iaitu menyelanggara jalan masuk ke Kg.Toboh Laut yang telah rosak. Sepanjang jalan tersebut yang berlubang, kini telah diselanggara dan ditimbus batu.

Penduduk kampung Toboh Laut sangat menghargai segala pertolongan serta tindakan pantas YB.Datuk Robert Tawik selaku Wakil Rakyat N.40 Bingkor yang sentiasa peka terhadap masalah dan aduan rakyat setempat.