Pembantu Menteri Kerja Raya sedang menjalankan tugas

Sumber : Avasi Sabah

Kota Kinabalu, 17 Oktober 2020 : YB Datuk Robert Tawik ADUN N.40 Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah, bersama Jurutera Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Keningau melawat sambil memantau jentera yang sedang meratakan tapak rekreasi pelancongan Kg.Bandukan, Bingkor.

Selepas itu, YB.Datuk Robert Tawik dan pihak JPS juga melawat ke kawasan pengairan tali air ke sawah padi di Kg.Bandukan.