ANWAR PERLU MUHASABAHKAN DIRI DIWAKTU MALAYSIA BERDEPAN DENGAN MASALAH COVID-19 DAN EKONOMI

Kota Kinabalu: sekali lagi DSAI melakukan gerakkan dan tindakkan yang lebih merugikan negara hanya untuk keuntungan peribadi.

Melihat kronologi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak saya nafikan bahawa beliau telah melalui peritnya hidup berpolitik, beliau telah melalui bermacam macam dugaan untuk mencapai hasrat perjuangan beliau iaitu ‘REFORMASI’.

laungan reformasi iji amat ditentang oleh lawan kuat beliau sebelum ini iaitu Tun M dan UMNO, kerana laungan ini lah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihumban didalam penjara dimana akhirnya Tun M sendiri jugalah yang menyelamatkan beliau.

Hasil kerjasama Tun M dan anwar walaupun waktu itu masih didalam penjara maka tertumbanglah kerajaan UMNO pada PRU yang lepas dan tertubuhlah kerajaan PH namun apa yang ironinya reformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan PH waktu itu lebih memudaratkan peniaga, perniagaan dan seluruh rakyat malaysia pembohongan demi pembohongan menjadi tunjang reformasi yang ingin dilaksanakan.

Baru baru ini ketika PRN sabah giat dijalankan satu lagi kenyataan daripads datuk seri anwar ibrahim didalam sidang akhbar beliau telah mengejutkan seluruh malaysia dan dunia dimana beliau menyatakan bahawa beliau telah mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan malaysia yang baru dan sekali lagi laungan reformasi ini diguna pakai oleh beliau. Dimana akhirnya kenyataan beliau ini menyebabkan bursa saham kuala lumpur telah jatuh mendadak dan secara langsung menjejaskan ekonomi negara.

Pada 13hb oktober 2020 DSAI telah ke istana negara untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Agong yang kononnya ingin mempersembahkan ‘SD’ dan dokumen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru dan membuat kenyataan bahawa kerajaan PN telah tumbang namun akhirnya pembohongan ini telah terbongkar dengan sendiri apabila kenyataan rasmi dari istana negara mengatakan tidak ada sebarang dokumen pun telah dopersembahkan kepada Agong. Adakah pembohongan ini yang dicapai dalam reformasi beliau?

Kerajaan PN hari ini telah mengenepikan segala elemen politik dalam pentadbirannya walaupun telah berulang kali difitnah dan ditekan. Namun kerajaan PN hari ini terus melaksanakan amanat ini menyingkirkan segala pemahaman politik dan bertindak secara adil untuk semua rakyat malaysia ini adalah REFORMASI yang sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat malaysia.

Kerajaan PN hari ini juga melaksanakan dasar – dasar ekonomi yang tidak mengenepikan keperluan rakyat. Ini juga adalah reformasi yang tidak dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Yang ironinya walaupun kerajaan PN tidak sekali pun melaungkan ‘REFORMASI’ seperti kerajaan PH sebelum ini reformasi ini telah berjaya dicapai hanya dalam 8 bulan pemerintahan kerajaan PN berbanding kerajaan PH yang asyik melaungkan reformasi namun gagal melaksanakannya sepanjang 22 bulsn pemerintahan. Apakah lagi yang ingin dan mampu dicapai oleh DSAI yang sewaktu mereka memerintah tidak mampu untuk mereka capaikan?

Sebagai rakyat biasa saya menyeru kepada seluruh kepimpinan dan akar umbi PH dan juga sekutunya tidak terkecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri marilah muhasabahkan diri diwaktu pandemik covid-19 ini masih kuat menular.

Tunjukkanlah keikhlasan perjuangan untuk mencapai reformasi yang sebenar dan buktikanlah kepada seluruh rakyat malaysia bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang kemaruk kuasa semata mata.

Buktikanlah pada rakyat Malaysia bahawa khabar angin bahawa DSAI bukanlah pemimpin yang tidak berintegriti sehingga sanggup menawarkan jawatan dan sanggup menggugurkan kes mahkamah hanya untuk menyokong beliau untuk menjadi PERDANA MENTERI.

Muariffidin abdul malek chua
Naib ketua bahagian
DUN bongawan