Keadaan di Beluran di bawah pemerhatian dan warga DUN Labuk di gesa bertenang – YB Samad Jambri

Kota Kinabalu, 12 Oktober 2020 – Semalam tular di media sosial mengenai usaha sebuah NGO untuk mendapat dana dari pihak awam untuk membantu Hospital Beluran.

Ketika dihubungi, YB Samad Jambri berkata beliau terlebih dahulu sudah menyalurkan bantuan dana kepada pihak pengurusan Hospital Beluran bila dimohon oleh pihak berkenaan. ‘Saya terkejut bila hal ini tular sebab setahu saya, bantuan sudah diberi.’

‘Saya menghargai semangat kemasyarakatan mereka pada masa pandemik ini tetapi berita yang viral ini memberi gambaran seolah-olah pejabat saya tiada membantu dan ini amat dikesal.’

Beliau berkata pihak beliau telah menghubungi pihak Hospital Beluran sejurus hal itu menjadi viral dan pihak hospital telah memohon maaf atas perselisihan faham yang berlaku.

Tambah beliau, ‘Pihak saya akan melawat hospital berkenaan selasa ini untuk meninjau keadaan. Saya gesa warga daerah saya untuk bertenang. Saya amat peka kepada kebajikan rakyat. Pihak hospital ada saluran terus kepada saya.’

Beliau turut memberi bukti yang pihak Hospital Beluran ada menghubungi pejabat beliau.