SABAH DAP TAK PERLU MENGELIRUKAN DIRI SENDIRI DAN MASYARAKAT TENTANG PEMILIHAN KETUA MASYARAKAT

Kota kinabalu: Kenyataan YB DUN kepayan Jannie lasimbang tentang pemecatan ketua komuniti dan mengesorkan pemilihan melalui pengundian ketua komuniti amat mengelirukan dan membimbangkan.

Menurut muariffidin bin abdul malek chua perlantikan ketua komuniti yang baru adalah norma biasa setiap kali penukaran kerajaan berlaku. Oleh itu apabila YB jannie mempersoalkan tentang isu ini ianya amat mengelirukan kerana kerajaan warisan sebelum ini juga melakukan perihal yang sama.

YB jannie harus tahu segala pemecatan atau perlantikan ketua komuniti yang baru juga berlandaskan perlembagaan kerajaan tempatan dan protokol yang juga diguna pakai oleh kerajaan sebelum ini.

Ianya lebih menakutkan apabila YB jannie mengesyorkan untuk mengadakan pemilihan arah pilihanraya peringkat kerajaan tempatan untuk mengisi segala kekosongan untuk kesemua jawatan ketua komuniti, mungkin YB jannie lupa bahawa bahaya wabak covid-19 ini masih lagi berleluasa dan angka penularan wabak ini terus meningkat hari ke hari. Amat kurang wajar untuk mengadakan seperti apa yang dikatakan oleh YB jannie “local government election”, tambah muariffidin lagi.

Muariffidin juga mengulas mengadakan pemilihan ketua komuniti pada masa ini bukanlah cara untuk membuktikan bahawa kerajaan GRS adalah lebih baik daripada warisan malah tidak melakukan sebarang pemilihan pada waktu covid-19 ini sedang menular adalah salah satu contoh bahawa kerajaan GRS sudah lebih baik daripada warisan.

Saya mengharapkan supaya warisan dan sekutunya DAP tidak perlulah membuat provokasi untuk membuat pemilihan peringkat kerajaan tempatan dan memaksa kerajaan GRS mengulangi kesilapan warisan plus sehingga wabak covid-19 menular semula.