WARISANPLUS BENARKAN DAP DAN ORANG PULAU PINANG DALAM KABINET SABAH

https://www.sinarharian.com.my/article/104480/BERITA/Politik/PBS-STAR-bertanggungjawab-atas-kemenangan-PAS

Kota Kinabalu: Datuk Junz Wong seharusnya menghalau terlebih dahulu parti Democratic Action Party (DAP) di Sabah sebelum membuat kenyataan menuduh Parti Solidariti TanahAirku (STAR Sabah) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke atas pelantikan wakil parti Parti Ismal Se-Malaysia (PAS) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah yang dilantik.

Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami DAP ini juga merupakan parti yang berpengkalan dari seberang dan turut dikaitkan dengan sikap mereka yang sangat rasis dalam mempertahankan kaum mereka namun kerajaan WARISANPLUS pada 2018 telah melantik beberapa wakil dari DAP sebagai ADUN lantikan sehingga ada yang memegang portfolio menteri penuh.

“Junz Wong mungkin sudah lupa bahawa kerajaan WARISANPLUS juga turut membenarkan Bendahari DAP Sabah yang berasal daripada Pulau Pinang dilantik sebagai ADUN lantikan”

“Junz Wong juga perlu tahu bahawa DAP juga bukan memperjuangkan HAK-HAK SABAH dan tidak menyebelahi Orang Asal Sabah (OAS) dalam perjuangan mereka tetapi hanya berjuang untuk suku kaum dan kelangsungan ekonomi mereka namun WARISANPLUS tetap memberi ruang kepada DAP atas persepakatan diperingkat persekutuan”

Ts. Ir. Jovilis juga menyangkal dakwaan Junz Wong bahawa STAR Sabah dan PBS merupakan pengkhianat kepada Rakyat Sabah tetapi sebaliknya kedua-dua parti ini merupakan penyelamat kepada Rakyat Sabah terutamanya kepada OAS.

“Rakyat Sabah terutamanya OAS sudah faham bahawa sekiranya kerajaan WARISANPLUS tidak kalah dalam PRN ini maka kebakaran setinggan-setinggan terus berleluasa, pengazetan tanah untuk penempatan setinggan terus dilakukan dan sudah pasti Pas Semantara Sabah (PSS) akan dilaksanakan semual”

Mengenai dakwaan Junz Wong bahawa STAR Sabah tunduk dengan Kuala Lumpur apabila hanya bertanding lapan kerusi berbanding dengan 15 kerusi seperti yang diminta, Ir. Jovilis berkata Junz Wong seharusnya perlu banyak membaca laporan-laporan akbar sebelum mengulas sesuatu isi.

“Apa yang berlaku sebenarnya ialah 24 kerusi KDMR sudah dipersetujui untuk diberikan kepada STAR Sabah dan PBS dalam Perikatan Nasional (PN) maka sedikit pergeseran berlaku antara kedua-dua parti KDMR ini dan bukannya melibatkan Kuala Lumpur”

Menurut Ts. Ir. Jovilis lagi ADUN Tanjung Aru itu cuma bersendiwara apabila mengatakan bahawa beliau telah memberi amaran supaya jangan serahkan kuasa kepada Kuala Lumpur tetapi hakikatnya beliau juga lahir daripada produk DAP yang menyanjungi parti dari seberang.

“Ingat Junz Wong ini juga melompat sebagai wakil rakyat DAP ke Warisan dengan tiada apa-apa alasan tetapi hari ini beliau bercakap seolah-olah beliau ini sebagai hero dalam memperjuangkan hak-hak Sabah”

Rakyat Sabah juga jangan lupa bahawa semasa pemerintahan WARISANPLUS mereka juga terpaksa menyembah kepada Kuala Lumpur untuk mendapatkan sesuatu malahan mereka sanggup berkerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamed yang bertanggungjawab menghancurkan OAS.

“Mungkin juga Junz Wong lupa bahawa kerajaan WARISANPLUS juga tetap menyembah Kuala Lumpur untuk mendapatkan dana daripada persekutuan bagi menangani masalah banjir dan menaiktaraf sekolah-sekolah daif di Sabah dan sehingga mereka kalah peruntukan itu tidak pernah sampai!”

Manakala dalam soal Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang dibangkitkan oleh Junz Wong juga adalah perlu untuk kerajaan baru Sabah merujuk kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan pandangan terlebih dahulu ketika itu memandangkan Kerajaan Negeri belum lagi sepenuhnya dibentuk sebaliknya Kerajaan Persekutuan sudah lama menyediakan SOPnya.

“Maka itu saya bertanya kepada Junz Wong apakah dia menyokong DAP atau menyokong perjuangan OAS? Kalau beliau menyokong DAP maka beliau tidak punya hak untuk bercakap berkaitan dengan STAR Sabah dan PBS sebaliknya sekiranya beliau dipihak OAS beliau perlu menghalau DAP dan PKR dari bumi Sabah”