PAS Bukan Halangan.

Gambar : Info Sabah

PAS BUKAN HALANGAN, SABAHAN PERLU BUKTIKAN SEMANGAT PERPADUAN YANG TELAH MENJADI CONTOH DI SELURUH MALAYSIA

Muariffidin bin Abdul Malek Chua

Sememangnya masyarakat majmuk, semangat kesatuan dan perpaduan adalah ikon untuk sabah. Semangat ini sangat ketara disabah.

Sebelum ini terlalu banyak yang cuba memecah belahkan perpaduan ini, banyak isu telah dijadikan sentimen dari segi agama, perkauman, warna kulit dan termasuklah agenda politik.

Namun sedemikian kesatuan masih terus utuh dan kuat. Ini adalah kerana sabahan sudah mulai mengiktiraf bangsa sabah itu sendiri.

Ini adalah kerana Ramai antara kita yang beragama islam bermentuakan yang bukan islam, ada yang berbangsa sungai berkahwin dengan mereka yang berbangsa cina, ada yang berbangsa cina berkahwin dengan mereka yang berbangsa india dan ada juga orang sabah yang berkahwin dengan orang malaya. Ini adalah perpaduan yang tidak dapat dinafikan.

Walau sedimikian cubaan untuk memecahkan perpaduan ini masih giat di teruskan ini merupakan ujian bukan pada pucuk pimpinan parti tapi ini adalah ujian untuk rakyat sabah itu sendiri adakah sentimen perpecahan ini akan merobek kesatuan rakyat sabah yang telah lama terjalin sekian lama.

Ideology extremist yang dibawa oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sememangnya nyata namun adakah ini akan memecah belahkan kesuatuan kita sabahan?

Perbezaan politik juga digunakan untuk memecah belahkan kesatuan ini malah institusi keluarga juga ingin dirobek namun sabahan masih terus utuh dan kukuh dengan sifat perpaduannya.

Terlalu banyak sentimen telah digunakan hanya untuk memecahkan kita adakah kita harus pecah? Sekarang mereka cuba memecahkan kesatuan ini dengan isu lantikan ADUN dari parti PAS adakah kesatuan ini harus dipecahkan dengan hanya isu yang remeh ini.Mereka boleh mencuba tapi mereka tidak akan berjaya kerana kita adalah sabahan dan kerana kita adalah sabah.

Kerajaan baru sudah terbentuk marilah kita sabahan berganding bahu untuk memupuk perpduan yang lebih kukuh dari apa yang ada sebelum ini.