JANNIE LASIMBANG TIDAK PERLU AJAR STAR SABAH UNTUK KELUAR DARI GRS

Kota Kinabalu: Jannie Lasimbang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan dari parti Democratic Action Parti (DAP) tidak perlu mengajar Parti Solidariti TanahAirku (STAR Sabah) supaya keluar dari Gabungan Rakyat Sabah (GBS) kerana ADUN Kepayan itu juga tidak keluar dari parti apabila kerajaan WARISANPLUS memperkenalkan dasar-dasar yang mengancam kedudukan Orang Asal Sabah (OAS).

Menurut Ts. Ir. Jovilis semasa era pemerintahan WARISANPLUS selama lebih kurang 22 bulan banyak dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan mereka sangat merbahaya kepada OAS seperti Pas Semantara Sabah (PSS), pemberian dokumen diri selepas siri kebakaran rumah setinggan, pengazetan tanah untuk rumah setinggan dan pemberian pulau untuk penempatan Pendatang Tanpa Izin (PTI).

“Pada ketika itu Jannie Lasimbang ini menyokong dasar kerajaan WARISANPULAS dan tidak pula beliau keluar dari parti DAP untuk mempertahankan OAS”

“Saya juga turut mempertikaikan penglibatan Jannie dalam kancah politik Sabah sama ada beliau ini berjuang untuk OAS dan mempertahankan Hak-Hak Sabah atau cuma mengambil nama dan gaji sebagai Wakil Rakyat”

Ts. Ir. Jovilis berkata Jannie Lasimbang juga perlu ingat bahawa parti yang didokongnya adalah parti yang tidak diterima oleh OAS di Sabah kerana parti ini dianggap rasis di semananjung dan bukannya menyokong perjuangan Hak-Hak Sabah yang sebenar tetapi memperjuangkan komuniti mereka sendiri.

“Kemanangan Jannie di Kepayan juga adalah atas sokongan komuniti kaum penyokong DAP dan bukannya sokongan OAS”

Ts. Ir. Jovilis berkata presiden STAR Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan jelas dengan pendiriannya bahawa ADUN lantikan dari PAS ini tidak diperlukan di Sabah namun walau bagaimanapun pelantikan itu adalah atas budi bicara Ketua Menteri.

“Namun saya percaya bahawa perkara ini akan dapat diselesaikan oleh parti-parti komponen GRS tanpa perlu merujuk saranan daripada mana-mana parti pembangkang yang lain termasuk Jannie”

Ts. Ir. Jovilis berkata lagi apa yang sangat penting sekarang ialah kerajaan baru ini perlu memfokuskan kepada pembangunan ekonomi Sabah dan Rakyat Sabah terutamanya ketika menghadapi COVID-19.

“Saya percaya fokus Presiden STAR Sabah sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru ialah mendapatkan Hak-Hak Sabah semula selaras dengan perjuangan parti disamping meningkatkan ekonomi Sabah terutamanya OAS yang banyak ketinggalan”