Ucapan Tahniah dari Delegasi StarSabah Bahagian Klias

Delegasi StarSabah Bahagian N32 Klias blok yang diwakili oleh Tn Jusking Ejim dan Ketua StarMedia Parlimen P177, Tn Justin Sunam Wong ingin merakamkan tahniah kepada President StarSabah, YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan atas penganugerahan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) baru-baru ini.

Tahniah juga kepada Naib Presiden StarSabah, YB Datuk Robert Tawik dan Setiausaha Agung StarSabah, YBhg Datuk Guandee Kohoi atas penganugerahan darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK).

Dan tahniah kepada Timbalan Presiden StarSabah, YBhg Tn Jalumin Bayogoh dan Penolong Setiausaha Agung, YBhg Tn Ardino Diris atas penganugerahan darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK).

Kami juga ingin merakamkan tahniah atas perlantikan ke kabinet kerajaan;

  • YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan.
  • YB Datuk Abidin Madingkir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.
  • YB Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya.
  • YB Flovia Ng, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejaterahan Rakyat.

Syabas dan selamat menjalankan tugas.