Parti StarSabah sebuah Parti yang Luarbiasa

Tuan Guandee Kohoi, Setiausaha Agung StarSabah

Kota Kinabalu 25hb September 2020 : Parti Solidariti Tanah Airku StarSabah terus menambat hati rakyat Sabah.

Starsabah sememangnya parti yang penuh dengan kejutan. Ketika kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah berlangsung, parti tersebut terus menerima keahlian baru hampir setiap hari.

Berita penyertaan Calon Bebas N. 18 Inanam, mantan wakik rakyat Inanam Kenny Chua dan Datuk Anita Baranting, calon Bebas N. 7 Tandek adalah sesuatu yang luar biasa.

Adalah suatu kebiasaan bagi seorang calon bebas untuk menyertai sesebuah parti politik SETELAH menang. Namun, penyertaan dua calon bebas ketika kempen pilihanraya hangat berlangsung adalah sesuatu yang jarang terjadi.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Parti StarSabah yang seringkali diperlekehkan oleh pihak lawan, sebenarnya adalah sebuah parti yang telah mendapat tempat dihati para pengundi.

Oleh itu seruan saya kepada rakyat Sabah, undilah calon-calon StarSabah yang menggunakan lambang Perikatan Nasional pada hari membuang undi 26hb ini.

Semoga kita akan mendapat kerajaan yang prihatin kepada rakyat selepas ini.

Guandee Kohoi
Setiausaha Agung StarSabah