Jeffrey bidas tuduhan dalang rampasan tanah penduduk Rompon

StarMedia Tambunan

Tambunan 21 September 2020 : Datuk Dr Jeffrey menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ketua markas UPKO – Encik Jamiun Tundou serta dua individu lain bahawa beliau bersekongkol dengan Syarikat Puncak Cabar dalam pertikaian pemilikan tanah dengan penduduk kampung Rompon.

Menjawab pertanyaan wakil penduduk kampung dalam sesi Jelajah Prihatin Rakyat bertempat di kampung Rompon, Tambunan, Jeffrey berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dalam isu rampasan tanah penduduk kampung serta tidak tahu-menahu tentang pemilik syarikat tersebut. Saya belum pernah memegang portfolio dalam Kabinet Negeri yang memperuntukkan kuasa pemilikan tanah. Dengan itu, tuduhan tersebut adalah tidak berasas sama sekali ujar beliau. Tambahnya lagi, berpolitiklah secara matang dan bukannya dengan cara memfitnah. Sehubungan itu, beliau menuntut penjelasan daripada pihak terbabit atau berhadapan tidakan undang-undang.

Dalam acara yang sama, ketika mengulas mengenai tanah gazet kampung yang sedia ada kini tidak mampu menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah, beliau berkata penggazetan tanah kampung Rompon II telah dihantar kepada pihak berkaitan untuk kelulusan. Beliau juga memberi jaminan akan bertindak atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan untuk melanjutkan perkara ini pada kementerian berkaitan agar permohonan projek pembangunan dapat direalisasikan dengan pembinaan jambatan konkrit yang boleh dilalui oleh pelbagai kenderaan.