Calon PN N44 Tulid Flovia Ng adalah calon yang tepat untuk Tulid

Testimoni dari Pengasas Bersama NGO Beyond Pitas, Justin Sunam-Wong

Justin Sunam-Wong, Beyond Pitas

Terima kasih kerana menjemput saya untuk memberi sepatah dua kata untuk Pn Flovia Ng, calon StarSabah di bawah tiket Perikatan Nasional pada Pilihanraya Negeri Sabah ke 16.

Saya adalah Co-Founder atau Pengasas Bersama NGO Beyond Pitas yang aktif dalam aktiviti-aktiviti ‘expose’ permasalahan rakyat Sabah sejak tahun 2014.

Pada persekitaran bulan Mei, pengasas Hanafundme, Pn Angie Chin-Tan telah menghubungi kami di Beyond Pitas untuk bekerjasama dalam membantu pelajar-pelajar di Sabah yang mengalami permasalahan pembelajaran atas talian.

Kami di Beyond Pitas dipertanggungjawap untuk mencari sasaran penerima-penerima bantuan. Hanafundme pula mengendali kempen memungut dana. Kerana inisiatif ini adalah dari rakyat untuk rakyat, dana kami terhad. Maka kami perlu membuat saringan yang ketat supaya bantuan terkena sasaran yang betul-betul perlu memerlukannya.

Kebetulan sasaran terawal kami adalah di Kampung Pn Flovia dan saya langsung menghubungi beliau. Pertama kali berinteraksi dengan beliau, saya boleh rasa yang beliau sangat bersemangat dalam membantu komuniti beliau.

Bukan saja kampung beliau tetapi beliau juga mengadvokasi kampung yang berdekatan iaitu Kampung Kindasan. Kami dapat tahu yang beliau sudah bergerak sendiri untuk mengatasi permasalahan kedaifan komunikasi atas talian di Kg Bomboi dan juga Kg Kindasan.

Sebuah VSAT telah dipasang di kediaman Pn Flo pada mulanya.

Pn Flovia berjaya mendapat bantuan dari Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan dengan pemasangan sebuah VSAT di Kg Bomboi. Amanah penjagaan VSAT ini telah digalas oleh Pn Flovia.

Tetapi kerana rumah-rumah di sekitar Kg Bomboi adalah berjauhan, aplikasi VSAT ini tidak praktikal kerana radius pemancaran VSAT yang terhad. Pn Flo dengan budi bicara sendiri kemudian memindahkan VSAT ini ke Kg Kindasan di mana VSAT ini dapat dimanfaatkan memandang rumah-rumah disitu lebih berdekatan.

VSAT di lokasi baru. Kg Kindasan.

Kami menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada Pn Flovia dalam mengenal pasti penerima-penerima bantuan kerana kami yakin dengan kebijaksanaan beliau berdasarkan perbincangan antara kami selama beberapa minggu.

Secara peribadi saya merasakan yang beliau boleh membuat keputusan yang terbaik walaupun keputusan itu tidak popular. Satu kualiti yang baik dalam seorang pemimpin. Ini kerana saya ada menjelaskan kekangan yang kami hadapi dalam pemberian bantuan dan beliau dapat memperhalusi proses pemilihan dan menjelaskan kedudukan kami kepada akar umbi.

Secara jujur saya memperakui, tanggungjawap beliau pada masa itu adalah lebih berat daripada yang digalas oleh kami. Kami hanya datang dan menyampaikan bantuan.

Pada 9 September 2020, rombongan kami iaitu Beyond Pitas, termasuk Pn Angie dan seorang staf Hanafundme turun ke Keningau. Semua berjalan lancar atas koordinasi yang diatur baik oleh Pn Flovia.

Kami sempat berinteraksi dengan kanak-kanak dan penduduk Kg Bomboi dan Kg Kindasan. Dari tinjauan kami, permasalahan atas talian mereka adalah benar dan bukan publisiti untuk ‘cari nama’.

Pn Flovia menyambut baik cadangan kami untuk membuat Pusat Sumber Desa/Luar Bandar (Rural Resource Hub) di kawasan itu untuk membantu kanak-kanak dalam mengecilkan jurang digital. Pn Angie berkata inisiatif ini perlu mendapat sokongan ADUN. Kami tidak menyangka yang Pn Flovia akan dicalonkan oleh StarSabah.

Satu perkembangan yang tidak disangka tapi tepat pada masanya. Dari sumber-sumber luar, kami dimaklumkan yang Pn Flovia banyak membuat kerja amal sebelum ini dikawasan Tulid.

Apa yang saya diberitahu ialah Pn Flovia lebih menekankan pemerkasaan jati diri pada penduduk-penduduk. Ada sebuah cerita yang saya ingin kongsikan. Ada sebuah keluarga mengalami kesusahan, ramai orang menderma duit tapi Pn Flovia secara senyap menurunkan pengetahuan membuat kuehnya kepada wanita itu. Hari ini, penjualan kueh menjadi sumber pendapatan mereka.

Pn Flovia sudah tentu akan membawa perubahan positif ke DUN44 Tulid sekiranya diberi mandat. Beliau adalah seorang aktivis masyarakat yang berjiwa rakyat. Jika diangkat ke platform yang lagi tinggi, saya percaya beliau akan membawa ‘style’ kepimpinannya yang ada sifat ‘keibuan’.

*Jika ada yang berminat untuk menderma kepada usaha Hanafundme, sila layari ke pautan ini.