Bengkoka Perlu Pemimpin Berjiwa Pejuang

Tuan Pransol Tiying, Calon Bebas Dun Bengkoka No. 3

Kota Kinabalu 17hb September 2020 : DUN Bengkoka adalah salah satu DUN baru di Sabah yang dipertandingkan untuk pertama kalinya pada PRN Sabah ke-16 ini.

Ini adalah berita baik untuk pengundi DUN Bengkoka kerana selama 50 tahun lebih Bengkoka berada di dalam Dun Pitas dan Dun Banggi.

Dengan jumlah pengundi seramai 10,032 orang maka layaklah mereka mendapat wakil yang terbaik di Dewan Undangan.

DUN Bengkoka boleh berbangga kerana telah melahirkan ramai pemimpin akar umbi yang bersemangat untuk berbakti kepada Bengkoka.

Hal ini dapat dilihat daripada jumlah calon yang paling ramai iaitu 11 orang. Ini menjadikan Bengkoka mempunyai 11 penjuru.

Diantara 11 calon ini, Pransol Tiying adalah pemimpin yang harus disokong dan diberikan mandat untuk memimpin Bengkoka.

Walaupun beliau berdiri atas tiket Bebas, namun perjuangan dan hala tuju kepimpinannya adalah jelas bersama Parti Solidariti Tanah Airku dan Perikatan Nasional.

Perkara ini dapat dilihat dari cara beliau melayani masyarakat di Bengkoka. Jelas terlihat keikhlasan beliau yang mahukan kemajuan dan penambahbaikan taraf hidup rakyat Bengkoka.

Pesanan untuk masyarakat Bengkoka, undilah Tuan Pransol Tiying untuk Bengkoka yang lebih sejahtera.