Sabah perlu seorang pemimpin pragmatik seperti Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan, bukan pemimpin yang meraih sokongan dengan retorik popular.

Columnist : WSJ, Kawadan Klias

Pengendalian isu Kitab Injil oleh Presiden StarSabah, Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan akhirnya terbukti jalan pragmatik dan ‘moderate’ yang terbaik.

Kenyataan DDJK pada 1 September 2020 telah diselar oleh beberapa pemimpin-pemimpin pembangkang Sabah diperingkat nasional dan juga netizen sebagai DDJK telah membelakangi komuniti Kristian dan agamanya.

Sebenarnya, DDJK pada masa itu sedang cuba menyelesaikan isu itu secara tertutup melalui saluran Perikatan Nasional (PN) agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. DDJK berpendapat yang agama tidak seharusnya dicemari dengan politik.

Walaupun isu itu juga menyentuh perasaan beliau secara peribadi dan agak mudah untuk beliau meraih sokongan politik dengan mengeksploitasikan sentimen rakyat beragama Kristian, khususnya di Sabah seperti mana yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik yang lain, beliau tetap dengan pendiriannya untuk tidak terpalit dengan publisiti murahan dengan menunggang perasaan komuniti Kristian.

DDJK sempat menegur perbuatan pemimpin-pemimpin yang sengaja mengapi-apikan sentimen rakyat. Beliau menyamakan tindakan mereka umpama membakar rumah untuk kemenangan kecil.

Teguran DDJK ternyata diterima baik oleh rakan PAS di Sabah. Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dilaporkan oleh MalaysiaKini pada 13 September 2020 telah dengan rendah hati menegur barisan pimpinan PAS untuk berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan masalah di Sabah dan Sarawak.

PAS tidak bertanding pada PRN16 Sabah. Dr Aliakbar menjelaskan,

Ini bukan bermakna PAS takut untuk berdepan dengan musuh atau petualang yang ada di hadapan kita, tetapi kita tidak hadir dalam pilihanraya kali ini kerana kita meraikan muafakat dan mudah-mudahan kehadiran PAS dalam muafakat sebagai rakan setia untuk mewujudkan perpafuan.

Sumber.

Ada yang mengatakan DDJK dan StarSabah hilang taring bila berhadapan dengan PAS. Ini jawapan kami, DDJK tidak berdiri bersendirian. Pejuang-pejuang StarSabah berdiri teguh di belakang Datuk Presiden. Mereka juga taring DDJK. Maka ini, penulis ini ingin merakam penghargaan dan mengucap syabas kepada ahli StarSabah Tn Marcel Jude dan Pn Margaret Binsing kerana telah memfailkan saman injunksi.

*Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian StarSabah.