Perdana Menteri Malaysia Menerima Memorandum Batu Sumpah daripada Orang Asal Sabah

Datuk Dr Jeffrey G Kitingan menyerahkan Memorandum Batu Sumpah kepada Perdana Menteri Malaysia

Keningau 16hb September 2020 : Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap 16hb September, orang asal Sabah akan hadir ke Perkarangan Batu Sumpah untuk memperingati Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia.

Pada tahun ini, orang-orang asal Sabah diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey G Kitingan bersama wakil keluarga mendiang OKK Sedomon mengadakan majlis memperingati Perjanjian di Batu Sumpah Keningau dengan harapan dan semangat yang baru.

Bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru, rakyat Sabah khususnya orang-orang asal melihat bahawa akhirnya ‘penjajahan’ ke atas Sabah oleh Malaya akan berakhir.

Selama lebih 50tahun, Batu Sumpah di Keningau ini tidak mendapat perhatian daripada kerajaan Pusat.

Datuk Dr Jeffrey G Kitingan sendiri sudah memperjuangkan perkara ini lebih 30 tahun yang lalu sehinggalah pada tahun 2010, 16hb September diistiharkan sebagai Hari Malaysia. Untuk rekod, sebelum ini, 16hb September disambut sebagai Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia

Pada tahun 2020 ini, merupakan tahun yang telah mencatat sejarah di mana satu Memorandum yang mengandungi 11 Tuntutan telah diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Memorandum tersebut, telah diterima oleh Datuk Dr Jeffrey G Kitingan mewakili Perdana Menteri Malaysia.

Seterusnya, sekitar jam 2.00 petang hari ini, Memorandum itu telah disampaikan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

Tan Sri mengucapkan Selamat Hari Pembentukan Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Sabah. Beliau berbesar hati menerima Memorandum berkenaan dan akan melakukan tindakan sewajarnya.

Rakyat Sabah semestinya berharap agar tuntutan-tuntutan dalam Memorandum itu bukan sahaja diberikan perhatian malah akan ditunaikan sesuai dengan semangat ‘sama rata’ yang disedang dipraktikkan oleh kerajaan PN.

Leave a Reply