Memorandum Batu Sumpah telah sampai ke tangan Perdana Menteri

Gambar ehsan Sabah OnlineNews

Columnist : WSJ, Kawadan Klias

Setelah sekian lama tidak diendah dan diabai oleh pucuk pimpinan kerajaan pusat terutamanya semasa era Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-empat dan ke-tujuh, akhirnya tampil seorang Perdana Menteri yang prihatin dan mahu menghormati Sabah sebagai rakan setaraf dalam Malaysia.

Bukti yang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penghormatan yang sewajarnya kepada pemimpin dari Sabah ialah perlantikan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Perlantikan ini adalah significant kerana ini adalah secara tidak langsung pengiktirafan PN yang Sabah adalah rakan setaraf dalam Persekutuan dimana seorang pemimpin atau parti dari Sabah diangkat ke kedudukan tertinggi dalam sebuah gabungan peringkat Nasional.

Kita perlu melihat dari perspektif penubuhan Malaysia. Malaysia ditubuh oleh tiga entiti iaitu Malaya, Sarawak dan Sabah. Maka, Malaysia itu kita dan kita itu Malaysia. Malaysia juga kita punya, seperti juga Malaysia kepunyaan Malaya dan Sarawak.

Malaya, Sarawak dan Sabah umpama ‘triumvirate’ iaitu 3 kuasa berkongsi kuasa untuk memerintah secara konsensus. Maka, Sabah perlu berada di peringkat nasional di dalam kerajaan persekutuan untuk merealisasikan aspirasi asal Bapa-bapa pembentukan Malaysia kita.

Pada hakikinya, StarSabah adalah parti Nasional di peringkat Persekutuan. Maka itu, boleh kah kita berpendirian tidak mahu bekerjasama dengan Malaya di peringkat Nasional sedangkan kita juga adalah pihak berkepentingan (Stakeholder) di dalam Perseketuan?

Ini adalah titik permulaan yang sangat positif. Kita juga menghargai penghormatan yang diberi kepada Bapa Perjuangan Sabah kita iaitu DDJK.

DDJK telah merintis jalan ke arah aspirasi kita. Maka sekarang hanya tinggal kita pangkah calon-calon StarSabah di bawah tiket PN. Kuatkan suara StarSabah di peringkat negeri supaya suara DDJK bergemah di peringkat Persekutuan.

Ayoh! Pulihkan maruah orang Sabah.

*Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian StarSabah.