Datuk Dr Othman Minudin dan Ahli-ahli PBS Paginatan Masuk StarSabah

Datuk Dr Othman Minudin menyerahkan Borang Keahlian kepada Presiden StarSabah, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan

Paginatan 13hb September 2020 :
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-ketua Cawangan dan ahli2 PBS di Paginatan meninggalkan Parti PBS dan menyertai StarSabah.

Diketuai oleh Datuk Dr Othman Minudin, Ketua Bahagian PBS Paginatan mereka memberikan sokongan Padu dan Tidak Berbelah bagi kepada Datuk Abidin Madingkir, Calon STAR – Perikatan Nasional di Paginatan.

Turut hadir mengalu alukan kehadiran mereka ialah Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, President StarSabah. Datuk Dr Jeffrey G Kitingan juga adalah Calon Perikatan Nasional – StarSabah di Dun Tambunan.

Dalam PRN Sabah kali ini, PBS telah melanggar persefahaman dan kerjasama yang telah dibuat antara dua parti tempatan ini. PBS telah meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh Star.

Perbuatan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong PBS sendiri yang melihat tindakan ini sebagai satu pengkhianatan kepada orang asal Sabah yang mahukan kesatuan.

Leave a Reply