Calon Perikatan Nasional (STARSABAH) N44 Tulid (Keningau) – Puan Flovia Ng

Pn Flovia Ng

Kami perkenalkan Pn Flovia Ng, calon STARSABAH bagi Perikatan Nasional(PN) di DUN N44 Tulid. Beliau merupakan Ketua Wiranita N45 Bahagian Sook merangkap Timbalan Ketua Wiranita Negeri STARSABAH.

Beliau seorang yang mudah didekati dan mementingkan pemerkasaan kaum wanita, pembelajaran dan peningkatan minda kanak-kanak. Pn Flovia sering melibatkan diri dalam program kerja amal di daerah Sook yang dahulunya termasuk DUN baru Tulid.

Melawat Kg Menawo Laut pada 13 September 2020 bagi meninjau masalah perparitan selepas hujan lebat pada malam 12 September 2020.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), beliau sedar kedesakan untuk mengatasi jurang Digital di persekitaran Kg Kindasan dan Kg Bomboi dengan segera apabila melihat kesukaran kanak-kanak di kawasan itu untuk mengikuti pembelajaran atas talian semasa PKP.

Maka beliau menawarkan masanya untuk bekerjasama dengan NGO Beyond Pitas dan Hanafundme untuk membawa bantuan sementara untuk mengurangkan jurang Digital di kawasan itu.

Pn Flovia membawa rombongan Beyond Pitas dan Hanafundme ke Kg Kindasan.
Pengagihan telefon pintar oleh Hanafundme untuk kanak-kanak yang memerlukannya pada 9 September 2020. Pn Flovia memainkan peranan penting dalam mengenal pasti sasaran yang tepat dan beliau terlibat dalam perbincangan dalam pemberian bantuan yang sesuai.
Berbincang dengan pengasas Hanafundme, Angie Chin-Tan mengenai inisiatif bersama seterusnya.

Pn Flovia adalah seorang yang pragmatik dan lebih cenderung kepada penyelesaian masalah secara menyeluruh dan holistik. Beliau berpendapat adalah lebih baik mengajar rakyat memancing daripada memberi mereka ikan.

Sebelum ini Pn Flovia lebih senang berprofail rendah dan bekerja di latar belakang tetapi atas sebab-sebab teknikal, kepimpinan parti menyeruh beliau untuk bertanding bagi DUN N44 Tulid.

Leave a Reply