Starsabah Bertanding Lapan Kerusi DUN pada PRN Sabah ke -16

Datuk Dr Jeffrey G Kitingan Calon N. 39 Tambunan

Kota Kinabalu, 12hb September 2020: Parti Solidariti Tanah Airku mempertaruhkan yang terbaik pada Pilihan Raya Negeri kali ini dengan bertanding hanya di Lapan kerusi Dewan Undangan.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan mempertahankan Dun Tambunan dan tujuh (7) kawasan yan lain ialah N.26 Moyog – Tuan Joseph Suleiman, N.38 Paginatan – Datuk Abidin Madingkir, N. 40 Bingkor – Tuan Robert Tawik, N.41 Liawan – Datuk Annuar Ayub
N.45 Sook – Datuk Ellron Angin, N.44 Tulid – Puan Flovia Ng dan N.69 Sri Tanjung ditandingi oleh Timbalan Presiden Starsabah Tuan Fung Len Fui.

Dalam ucapan pertama Datuk Dr Jeffrey Kitingan sejurus selepas penamaan calon pagi tadi, beliau melahirkan rasa kecewa kerana Parti tempatan yang diseganinya telah mengkhianati persefahaman yang telah dibuat.

Perikatan Nasional (PN) telah memberikan 24 Kerusi kepada Starsabah. Menurutnya, parti Starsabah boleh bertanding kesemua 24kerusi itu jika mahu kerana populariti Parti Starsabah sedang meningkat sekarang.
Walau bagaimanapun, atas dasar kerjasama dan kesatuan antara Parti –Parti Tempatan di Sabah , Starsabah telah bersetuju untuk tidak bertanding di 15 kerusi yang ditandingi PBS.

Tetapi apa yang menyedihkan pada hari penamaan Calon, 6 daripada 8 Kerusi yang ditandingi oleh StarSabah telah dilanggar oleh PBS.

Walaupun merasa dikhianati oleh rakan parti tempatan, Datuk Dr Jeffrey KItingan telah berpesan kepada penyokong –penyokong bahawa harus berkempen dengan cara yang matang dan dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Beliai menegaskan bahawa pertembungan- pertembungan ini, termasuk di DUN Tambunan sendiri tidak melemahkan semangat kerana kita tahu perjuangan kita adalah perjuangan orang Sabah, tambah beliau.

Leave a Reply