MANTAN SETIAUSAHA PEMUDA PUSAT PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH MENJADI AHLI SEUMUR HIDUP PARTI STAR SABAH – Saya orang paling gembira

  • 07/09/2020
  • Parti

Mantan Setiausaha Pemuda Pusat Parti Harapan Rakyat Sabah LAr. Alfian Mansur sah menjadi ahli seumur hidup STAR Sabah pada 04.09.2020.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Ketua Pemuda parti HARAPAN RAKYAT selepas parti itu dihidupakn semula oleh kepimpinan baru pertengahan tahun ini tetapi beliau mengambil keputusanuntuk keluar dari parti HARAPAN RAKYAT edisi baru tersebut.

Semasa kami bersama-sama di dalam pemuda HARAPAN RAKYAT dahulu beliau merupakan salah seorang yang banyak menyumbang buah fikiran, tenaga dan wang ringgit untuk menggerakkan pemuda.

Banyak aktiviti pemuda HARAPAN RAKYAT ketika itu diurus oleh beliau, timbalan saya dan saya seperti forum pemuda dan walkabout termasuklah siri jelajah kami di Pantai Timur Sabah.

Beliau juga adalah satu-satunya dari sayap pemuda HARAPAN RAKYAT yang diberi kepercayaan untuk bertanding pada PRU14.

Beliau ini merupakan seorang profesional landskap dengan membawa gelaran “LAr.” dan turut banyak menyumbang kepada pembangunan landskap di Sabah.

Salah satu hasil kerja tangan beliau ialah Replika Teko Sabah Tea Terapung di Ranau.

Maka itu, apabila beliau mengambil keputusan untuk menyusul saya ke dalam Parti STAR Sabah saya merupakan orang yang paling gembira kerana saya sangat tahu potensi dan kelebihan yang ada padanya untuk mengukuhkan STAR Sabah.

Dengan kehadiran LAr. Alfian Mansur dalam parti STAR Sabah maka golongan profesional di dalam parti kita turut bertambah.

Ini sudah tentu sangat baik untuk parti dan perjuangan kita.

TAHNIAH kerana memilih STAR Sabah.

Saya juga merindui kepimpinan MANTAN TIMBALAN KETUA PEMUDA HARAPAN RAKYAT SDR. ISMAIL NORAZMAN moga suatu hari nanti beliau terbuka hati untuk bergandingan dengan saya dan LAr. Alfian di dalam parti STAR Sabah.

Ts. Ir. Jovilis Majami

STARSABAH 7 September 2020

Pos original dari sini.