Mantan Ketua Bahagian PBS Usukan bersama AJK Bahagian Menyertai StarSabah

  • 06/09/2020
  • Parti
Maslindah Mohd. Lin menyerahkan Borang Keahlian

Kota Belud, 4hb Sept 2020 : YB Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan Timbalan Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia Merangkap Presiden Parti Solidariti Tanah Air Ku (STARSABAH) berada di Kota Belud bagi menghadiri Program penyerahan Borang keahlian dari ahli-ahli PBS Usukan yang dianjurkan oleh Mohd. Lin, mantan Ketua Bahagian PBS Usukan di perkarangan rumah beliau di Kg Hijrah Jalan Rampayan Laut Kota Belud.

Turut hadir ialah Tuan Jalumin Bayogoh Timbalan presiden STARSABAH merangkap Penyelaras Parlimen Star P169 Kota Belud. dan dua Timbalan Penyelaras Parlimen P 169 iaitu Tuan Ukoh Jeremmy Malajad dan Ir. Awang Salleh.

Tuan Jalumin Bayogoh, Timbalan Presiden StarSabah

Dalam acara perjumpaan itu, 9 orang mantan Ahli Jawatan Kuasa Bahagian (AJK) PBS kawasan USUKAN Kota Belud telah menyertai parti STARSABAH.

Diketuai oleh Maslindah Binti Mohd Lin bendahari bahagian, Senin Binti Hj Harun penolong bendahari bahagian, Junaidi bin Talib ketua penarangan bahagian, Jalis Bin Salip AJK bahagian, Suaimi bin Bul AJK bahagian, Matdi bin Usul AJK bahagian, Mohammad Bin Ebnil AJK bahagian, Roslan Bin Atin AJK bahagian dan Mohd Jaidey bin Mohd Juddin dan 172 orang ahli biasa telah menyertai parti STARSABAH.

Antara pemimpin yang hadir

Borang permohonan kemasukan keahlian telah disampaikan oleh Maslindah binti Mohd Lin kepada YB Datuk Dr Jafri G Kitingan presiden parti STARSABAH merangkap timbalan menteri pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.

Kemasukan AJK bahagian Parti PBS dan ahli-ahli keparti STARSABAH kerana mengikut jejak Mohd Lin Hj Harun mantan AMT & Ketua Bahagian PBS Usukan Kota Belud.

Terima kasih kepada AJK dan ahli-ahli PBS yang telah memberi kepercayaan kepada En. Mohd Lin. Semoga wadah perjuangan yang baru ini terus memberikan kebaikan kepada masyarakat Kota Belud khususnya di Usukan.