20 PERKARA ADALAH TIANG ASAS PENUBUHAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963 YANG GAGAL DIFAHAMI OLEH WARISAN DAN PEMIMPIN- PEMIMPINNYA

Kegagalan Warisan untuk memperingati dan merayakan hari kemerdekaan Sabah yang ke 57 pada tanggal 31 Ogos 2020 adalah sesuatu yang amat menyedihkan malahan segelintir pemimpin mereka ada yang sanggup menghasut minda rakyat dengan menyebarkan propaganda palsu yang mengatakan sabah tidak pernah merdeka. Satu persepsi yang amat membahayakan yang berkemungkinan besar menyebabkan kerajaan Filipina semakin keras menuntut Sabah. Apakah motif disebalik hasutan pemimpin mereka ini?

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi seluruh rakyat Federasi Malaysia yang ke 57 tahun pada tanggal 16 September 2020 sungguh tidak dinafikan ianya akan disambut dengan meriah sekali di setiap negeri dalam Federasi Malaysia. Namun asas penubuhan Malaysia semakin dilupai atau sengaja dilupakan oleh pemimpin Warisan dan sekutunya yang kononnya memperjuangkan hak hak Sabah.

Oleh itu izinkanlah saya memperingati para pemimpin Warisan dan sekutunya yang kononnya memperjuangkankan MA63 entah mereka ini faham atau tidak, tahu atau tidak tahu bahawa asas kewujudan MA63 sehingga tertubuhnya Federasi Malaysia ialah memorandum 20 PERKARA.

Memorandum 20 PERKARA ini adalah satu memorandum yang di kemukakan oleh Borneo Utara(SABAH) kepada jawatankuasa antara kerajaan yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dengan tujuan untuk melindungi hak-hak Sabah dan juga syarat-syarat yang dipersetujui untuk Borneo Utara(SABAH) sebelum membentuk Federasi Malaysia dan mencapai kesepakatan yang termeterai dalam MA63.

Namun apa yang telah rakyat Sabah saksikan dan rasai ketika ini ialah kegagalan kerajaan Warisan bukan sahaja dalam memperingati asas penubuhan ini tapi telah juga gagal mematuhi undang-undang dan menghormati Perlembagaan Malaysia salah satunya dengan lantikkan TYT yang tidak mempunyai had waktu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Ironi sekali kerajaan Warisan hari ini telah gagal untuk mematuhi segala Perlembagaan dan yang amat penting gagal memperjuangkan Memorandum 20 perkara yang merupakan batu foundasi penubuhan Federasi Malaysia pada 16 September 1963.

Kegagalan ini membuat rakyat Sabah menyoal halatuju kepimpinan Warisan, dimanakah kesudahannya hak-hak Sabah yang ingin diperjuangkan jikalau perkara asas ini pun gagal diperjuangkan kerana pada masa yang kepimpinan Warisanlah yang menyebabkan tuntutan Filipina terhadap Sabah semakin kuat berkumandang.

Muariffidin Abdul Malek Chua. 5 September 2020