NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH PERLU MEMOHON MAAF – Kenyataannya Bertentangan Dengan Prinsip Rukun Negara

“Walaupun Saya Faham Bahawa Permohonan Maaf Itu Milik Beliau Tetapi Perpaduan Itu Milik Kita Bersama”

NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH PERLU MEMOHON MAAF – Kenyataannya Bertentangan Dengan Prinsip Rukun Negara

Sejak dari dulu saya mengelak untuk berdebat atau mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan agama termasuklah agama yang saya anuti sendiri.

Ini kerana saya merasakan bahawa pegangan agama seseorang itu merupakan suatu perkara yang sangat peribadi bagi dirinya.

Ini bukan bermakna bahawa saya suam-suam kuku dalam mempercayai agama tetapi saya berpegang pada prinsip bahawa agama itu adalah milik mutlak individu yang harus dihormati oleh sesama kita.

Dalam sesebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, perkara ini merupakan cabaran utama bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan politik, ekonomi dan budaya.

Namun, negara kita sangat unik kerana dihuni oleh pelbagai kaum yang boleh hidup dengan aman dan tenteram.

Keharmonian ini menjadi bahan bualan negara-negara luar sehingga ada diantara mereka ini yang menjadikan negara kita sebagai panduan dan rujukan untuk membantuk negara mereka.

Kita harus berbangga dengan keharmoinan ini.

Salah satu medium yang banyak membentuk rakyat kita untuk terus bersatu padu dan berteloransi walaupun berlainan budaya dan anutan agama yang berbeza ialah Rukun Negara.

Saya fikir Rukun Negara ini direka untuk mengingatkan kita bahawa dalam keadaan apa pun kita kena bersikap hormat-menghormati, berteloransi dan bertolak-ansur agar keamanan yang kita nikmati terus berkekalan.

Saya sedikit kongsikan intipati Rukun Negara yang harus kita jaga bersama agar kita tidak melintasi batas-batas dalam memberi pandangan dan pendapat yang boleh mengguris perasaan diantara kita.

https://agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449

Rukun Negara tunjang keamanan, kemajuan Malaysia

http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/kepentingan-rukun-negara-untuk.html

Tujuan Rukun Negara – Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Disamping itu, negara cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, iaitu dengan mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam rangkaian kehidupan. (Fahezah Nor Mohamed, UPM)

Maka itu, apabila Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan, Yang Berhormat Ustaz Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh mengatakan bahawa KItab Injil yang ada sekarang ini dipesongkan atau diubah ianya amat mengguris perasaan penganut Kristian.

Pernyataan yang beliau keluarkan juga bertentangan dengan hasrat Malaysia untuk membentuk perpaduan kukuh seperti yang dinyatakan di dalam Rukun Negara.

Maka yang demikian dengan rendah hati saya memohon agar Yang Berhormat Ustaz Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh memohon maaf atas keterlanjuran kenyataan beliau.

WALAUPUN SAYA FAHAM BAHAWA PERMOHONAN MAAF ITU MILIK BELIAU TETAPI PERPADUAN ITU MILIK KITA BERSAMA.

Ts. Ir. Jovilis Majami
STAR Sabah
04 September 2020