MAJLIS PERJUMPAAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DAN PENYERAHAN BORANG KEAHLIAN KEPADA PRESIDEN PARTI STARSABAH, DATUK DR JEFFREY G KITINGAN.

  • 04/09/2020
  • Parti

Mazlan Madsikoh, StarMedia Pintasan

KAMPUNG HIJRAH KOTA BELUD, 04 September 2020: Presiden Parti Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan telah menerima lebih kurang 172 keping borang keahlian daripada mantan Ketua Bahagian PBS Usukan, Mohd. Lin Hj Harun sempena majlis perjumpaan pemimpin bersama rakyat di Kg. Hijrah, Jalan Rampayan Laut pada hari ini. Walaupun Datuk Presiden mempunyai jadual yang sangat padat dan lawatannya hanya singkat tetapi ini sangat memberi makna yang sangat besar bagi warga di kampung ini.

Sungguhpun lawatan Datuk Presiden sangat singkat, tetapi beliau sempat menyampaikan ucapan ringkas kepada semua yang hadir pada majlis itu. Menurut Datuk Presiden, ada
Kemungkinan PRN ini tidak akan terjadi. Ini kerana kerajaan persekutuan sudah memberi isyarat untuk merangka kembali kabinet kerajaan Sabah. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Warisan, di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Shafie Apdal adalah haram dan semua yang pernah dibuat olehnya semasa dalam kerajaannya adalah tidak sah termasuklah penyerahan geran tanah dan pembubaran DUN sabah. Ini kerana, mengikut perlembagaan Sabah, kuasa TYT hanya boleh melantik Ketua Menteri tetapi tidak punya kuasa untuk Meluncut jawatan Ketua Menteri.

Ketua Menteri hanya boleh diluncutkan atau hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri melalui 3 sebab iaitu;

  1. Sekiranya Ketua Menteri meninggal dunia
  2. Ketua Menteri meletak jawatan atas kerelaan sendiri
  3. Melalui Usul undi tidak percaya dalam persidangan dewan rakyat
    Maka jelas disini, kerajaan Warisan menjadi kerajaan yang tidak sah. Kes Musa-shafie yang akan didengarkan pada 07/09/2020 di mahkamah persekutuan ini bakal menjawap segala teka teki kita nanti.

Datuk Presiden turut mengulas tentang pertumbuhan ekonomi sabah dari sebelum kerajaan warisan memegang tampuk kerajaan sabah, yang mana sebelum ini pertumbuhan ekonomi sabah ialah dalam paras 8.2%. Tetapi, Sepanjang pemerintahan haram Warisan di sabah, pertumbuhan ekonomi sabah hanya naik 1.5% sahaja dan pada tahun 2019 sblm adanya pademik covid19, pertumbuhan ekonomi sabah turun lagi kepada 0.5%. Maka jelas disini, Warisan tidak pandai mengurus kerajaan Negeri dan sekiranya Warisan masih terus mentadbir kerajaan sabah, alamatnya lingkuplah negeri Sabah ini. Majlis diakhiri dangan penyampaian cendera kenangan kepada Datuk Presiden yang disampaikan sendiri oleh Mantan Ketua Bahagian PBS Usukan, Mohd. Lin Hj Harun.