Album Lagu-Lagu Perjuangan StarSabah Dilancarkan

Setiausaha Agung StarSabah, Tuan Guandee Kohoi

Kota Kinabalu 31hb Ogos 2020 : Lagu – lagu Perjuangan Parti Solidariti Tanah Airku berkumandang di Sokid Villa, Ibu Pejabat StarSabah.

Majlis pelancaran yang dihadiri sekitar 200 orang itu berjalan dengan meriah walau dalam keadaan yang sederhana dan kehadiran penyokong-penyokong yang terhad kerana masih mematuhi SOP PKPP.

Album ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, President Parti Solidariti Tanah Airku, StarSabah.

Menurut Tuan Guandee Kohoi, Setiausaha Agung StarSabah, lagu-lagu dalam album ini adalah gabungan lagu lama yang diberikan nafas baru dan juga lagu-lagu baru.

Beliau menjelaskan bahawa Lagu Bintang Borneo iaitu lagu rasmi Parti StarSabah telah di perbarui sesuai perjuangan parti masa kini. Versi lama Lagu Bintang Borneo ini telah kita cipta dan gunakan sewaktu bersama-sama dengan Party State Reform atau Parti Star Sarawak. Hari ini kita ada parti sendiri iaitu Parti StarSabah.

Dalam Versi Baru Bintang Borneo kita telah menukar beberapa perkataan dalam liriknya untuk kesesuaian suasana politik sekarang.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada artis-artis tanahair yang telah menjayakan album ini seperti Justin Lusah, Evaristus Gungkit, Juniol Masingkin, Stephen Majin dan Drs Kustin Ladi.

Album Lagu-lagu Perjuangan StarSabah VOL. 2

Tidak lupa juga kepada Rosario Ninih Bianis yang telah membawakan lagu Huguan Lundu Mirongod.

Tuan Guandee Kohoi mengharapkan agar lagu-lagu dalam album ini boleh membantu penyokong-penyokong Parti StarSabah menaikkan semangat perjuangan yang telah kita semai dan pertahankan selama ini.

Album Lagu-lagu Perjuangan StarSabah ini boleh didapati di Ibu Pejabat StarSabah dengan harga yang sangat menarik.

Guandee Kohoi
Setiausaha Agung StarSabah