Penyampaian bantuan prihatin oleh YB Robert Tawik

Semalam mantan ADUN N33 Bingkor, YB Tuan Robert Tawik @Nordin bersama rombongan, melawat serta memberikan sumbangan kepada dua buah keluarga yang telah mengalami kebakaran rumah kediaman di Kg. Toboh Laut Keningau.

Beliau juga sempat melawat serta memberikan sedikit sumbangan ikhlas kepada Puan Naime yang sedang sakit di Kg. Toboh Laut Keningau.