Program Keceriaan Pekan Bingkor oleh YB Robert Tawik

29 Ogos 2020, Bingkor : YB Robert Tawik, melancarkan Program Keceriaan Pekan Bingkor, bertempat di Perkarangan Pekan Bingkor.

Program anjuran Bingkor Soccer Club (BSC) ini adalah dipengerusikan oleh Encik Jainus Rayner Lian Ginanda.

Turut hadir bersama untuk memberikan sokongan yang padu dalam program ini iaitu Ybhg. Dato Ishyak Datuk Ayub selaku Presiden Bingkor Soccer Club(BSC)

Dalam gimik pelancaran ini, YB Robert Tawik telah menanam pokok benih Koningau atau lebih sinonim dengan nama Kayu Manis.

Sedikit latar belakang program yang julung kalinya diadakan ini adalah melibatkan kira-kira 800 orang terdiri dari 32 kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), persatuan, kelab, masyarakat dan penduduk. Ybhg. Tuan Robert Tawik yang juga merupakan mantan ADUN N. 33 Bingkor berharap supaya program Keceriaan Pekan Bingkor ini akan dapat memupuk sikap dan semangat penduduk Mukim Bingkor supaya bekerjasama menjaga dan mencantikkan lagi Pekan Bingkor yang merupakan pekan utama yang menjadi tumpuan penduduk mukim Bingkor dan penduduk luar daripada kawasan mukim.

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada AJK Pelaksana Program Keceriaan Pekan Bingkor ini atas usaha mereka untuk mencantikkan lagi kawasan Pekan Bingkor, Keningau.