Saudi Samy Andang : Francis dan Raumin Bukan Ahli StarSabah

  • 28/08/2020
  • Parti
Pencerahan dari Ketua Bahagian Dun Kundasang, Tn Soudi Sammy Andang

Kundasang 28hb Ogos 2020 : Ketua Bahagian StarSabah DUN Kundasang, Tuan Soudi Sammy Andang tampil memberikan penjelasan tentang satu berita viral di media sosial sejak kemarin.

Ybhg Datuk Ewon Ebin dalam Facebooknya telah memuat naik satu status yang berbunyi “Pengerusi STAR Kg. Nawanon, Francis Lokok dan Raumin Jasimin Timbalan Pengerusi beserta AJK keluar dari parti STAR dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS)”
Disertai beberapa keping gambar.

Posting Facebook oleh Ybhg Ewon Ebin

Sebagai Ketua Bahagian, saya menafikan kenyataan Ybhg Datuk Ewon tentang penyertaan individu-individu ini.

Sebagai pencerahan, dalam rekod keahlian StarSabah Kundasang tidak ada penama Encik Francis Lokok dan Raumin Jasimin.

Dalam rekod Ahli Jawatankuasa Bahagian Kundasang, Ketua JDM bagi Kg. Nawanon ialah Encik TIBABAT BIN DUMPULOI dan bukannya Encik Francis Lokok.

Keadaan sebenar adalah, Encik Francis dan Encik Jaumin ini merupakan penyokong setia Ybhg Datuk Ewon Ebin semasa mereka masih berada dalam parti UPKO.

Jika kita imbas kembali, Ybhg Datuk Ewon telah membawa beberapa ratus penyokongnya keluar dari Parti UPKO dan terdapat masa yang agak panjang di mana mereka tidak mempunyai parti.

Terdapat ura-ura atau cerita-cerita kedai kopi bahawa Ybhg Ewon Ebin akan menyertai Parti StarSabah bersama penyokong-penyokongnya. Namun demikian, akhirnya mereka memilih untuk bersama Parti Cinta Sabah (PCS).

Starsabah di Kundasang sebenarnya tidak terkesan dengan kehadiran Parti PCS.
Parti PCS bukan parti yang baru, ianya sudah pernah berkempen dan juga bertanding pada PRU14 yang lalu.

Sebagai pemimpin akar umbi, saya faham kehendak rakyat Kundasang dan saya yakin Parti StarSabah adalah pilihan mereka.

Tuan Soudi Samy Andang, Ketua Bahagian Kundasang

Salam Solidariti
Soudi Sammy Andang
Ketua Bahagian Kundasang