Pengembalian 999 tahun dalam tempoh pajak tanah oleh Warisan adalah kerana keputusan Mahkamah

Kota Kinabalu, 27 Ogos 2020 : Seperti yang dilaporkan oleh The Daily Express pada 25 Ogos, pemulihan atau pengembalian tempoh pajak geran tanah ke 999 tahun adalah kerana kerajaan Ketua Menteri Sementara terpaksa akur kepada keputusan Mahkamah Tinggi.

Ini kenyataan Setiausaha Agung Parti Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Richard Yong dalam membidas percubaan mengambil kredit (nama) untuk meraih sokongan pengundi pada PRN di bulan September akan datang.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Wong Siong Tung pada 27 Februari 2020 telah membuat keputusan penting dalam pengadilan kes “Chin Kim Phin Vs Pengarah Tanah & Ukur dan Pendaftar Hakmilik Tanah”

Kes profail tinggi ini telah dimulakan pada tahun 2019 dengan peguam dan aktivis hak tanah terkenal, Datuk Kong Hong Ming sebagai peguam Plaintif. Plaintif Chin Kim Phin, 88 tahun dan seorang pesara telah mengemukakan saman keatas defenden 1 dan 2 atas syarat yang dikenakan iaitu pelupusan 900 tahun dari tempoh asal pajak geran bagi mendapat kelulusan untuk pembangunan projek perumahan dan pembahagian geran-geran milik Plaintif.

Yang Arif Wong Siong Tung pada 27 Februari telah membuat keputusan kehakiman yang syarat dikenakan oleh defendan adalah menyalahi undang-undang. Untuk laporan asal, sila rujuk disini.

Tambah Datuk Richard Yong dalam kenyataannya,

Sebenarnya, semasa kes pengadilan oleh Tuan Chin Kim Ping pada tahun 2019, pegawai Kerajaan Warisan telah menentang keras kes tersebut untuk memulihkan tempoh 999 tahun. Kerajaan Warisan telah menentang Pajakan tanah selama 999 tahun yang dibuktikan dalam dokumen pengadilan yang tersedia di domain umum.

Untuk kenyataan penuh, sila rujuk disini.

Nota : Laporan Astro Awani 23 Ogos 2020 memetik kenyataan Pengarah Tanah & Ukur Negeri, Bernard Liew yang keputusan Kabinet Kerajaan pada Jun 2020 adalah untuk mematuhi Keputusan Kehakiman. Dalam hal ini perlu diambil kira yang kerajaan cuma ada dua pilihan pada masa itu, membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi atau mengingkar keputusan mahkamah. Jika mereka mengambil keputusan kedua, pihak kerajaan boleh didakwa sebagai Menghina Mahkamah atau ‘Contempt of Court’. Laporan Astro Awani.

Kesimpulannya, jika ada pihak yang patut diberi kredit (nama) – mereka adalah Plaintif Chin Kim Phin, Datuk Kong Hong Ming dan Yang Arif Wong Siong Tung.