Empangan Papar.

Columnist : WSJ, Kawadan Klias

Suatu ketika dahulu pihak pembangkang telah tampil sebagai pejuang komuniti Ulu Papar dalam membantah pembinaan Empangan Kaiduan di Ulu Papar pada PRU14.

Komuniti Ulu Papar telah dijadikan ‘poster child’ untuk meraih sokongan pengundi dan dijadikan semboyan bertempur untuk menumbangkan ‘pemerintah zalim’ .

Setelah kerajaan terbentuk, Empangan Kaiduan ditukar jenamah ke Empangan Papar dan lokasi ditukar dari kawasan DUN Moyog ke dalam sempadan Papar, sekarang DUN baru Limbahau tetapi menurut Task Force Against Kaiduan Dam, pembinaan empangan baru turut melibatkan sungai yang sama dan akan juga menjejaskan komuniti yang sama.

Gambar : Lewis Kelly/Borneoproject.org

3 penduduk dari kawasan itu telah membawa hal ini ke mahkamah. Dasius Kawang, 25 tahun dari Kg Kalanggaan, Mositol Sondigon, 66 tahun dari Kg Buayan dan Kurunbong, 59 tahun dari Kg Kionop.

Menurut dari pihak yang membantah pembinaan ini, 11 Kampung dan 4000 penduduk akan terjejas.

Jangan melepaskan batuk di tangga apatah lagi kita masih belum terlepas dari belenggu pandemik Covid19 ini.

*Ini adalah pendapat peribadi penulis.