DATUK JEFFREY G. KITINGAN – PENCETUS ASAL MA63 DAN 20 PERKARA

Dr. Jeffrey telah dipenjarakan dalam tahanan ISA kerana membangkitkan isu kepincangan dalam Syarat 20 Perkara Sabah dan juga dalam Perjanjian 63. Sewaktu pemerintahan PM ke4, Tun Mahathir.

Sejak akhir-akhir ini, kalau bukan semua, hampir keseluruhan parti yang wujud di Negara Sabah ini menjadikan Malaysia Agreement 1963 (MA63) dan 20 perkara sebagai visi dan misi hala tuju utama parti masing-masing.
MA63 dan 20 Perkara sudah dijadikan satu komoditi yang mesti ada dalam asas perjuangan parti-parti di Sabah.

Buku Malaysia Agreement 1963

Setiap kali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan isyarat akan mengadakan PRU, PRN atau PRK akan riuhlah setiap parti mendendangkan MA63 dan 20 Perkara ini di seantero Sabah untuk meraih sokongan.

Entah faham, entah tidak akan isi dan kandungannya. Yang wajib MA63 dan 20 Perkara harus dijaja oleh pimpinan utama atau oleh macai-macai.
Tapi sedarkah atau tahukah kita, siapa yang mula-mula mencetuskan MA63 dan 20 Perkara ini yang memang termaktub daripada pejuang asal Negara Sabah? Rasanya tidak banyak yang tahu kan? Beliau adalah Datuk Dr Jeffrey G Kitingan (DDJK).

20 Perkara. Sabah bersetuju membentuk Malaysia bersama Sarawak, Singapura dan Malaya dengan syarat. 20 Perkara di Sabah dan 18 Perkara di Sarawak

Lebih 30 tahun yang lalu sebelum memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan atau parti, DDJK telah sedar akan satu perjanjian untuk melindungi Sabah. Perjanjian yang dimetri Bersama British, Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya amat jelas dan nyata sama sekali tidak boleh dinodai.

Menyedari hakikat ini, sedikit demi sedikit kuasa yang ada pada Negara Sabah semakin terhakis. DDJK mula mengingatkan pemimpin Malaysia “something is not right & ought to be rectified accordingly” selari dengan MA63 dan 20 Perkara.


Malangnya saranan DDJK dipandang serong oleh pimpinan Malaya yang pada Ketika itu diterajui oleh PM ke-4. DDJK “pay the price he did not deserve”. Sejak dari itu, DDJK keluar masuk penjara atas pelbagai tuduhan di bawah akta ISA.

Pun demikian, DDJK tidak pernah lemah semangat malah semakin membara. DDJK mencuba pelbagai cara untuk MA63 dan 20 Perkara supaya dimartabatkan termasuklah berpindah-pindah parti sehinggalah digelar katak.

Alhamdullilah berkat keikhlasan dan ketekunan beliau memperjuangkan MA63 dan 20 Perkara, beliau Berjaya membebaskan subjek itu dari label “taboo” dan yang terakhir Presiden UMNO dan semua parti yang akan menghadapi PRN pada 26 September 2020 ini beria-ia melaksanakan sepenuhnya apa yang diperjuangkan oleh DDJK selama ini.

Haji Harun Bidin, Ketua Bahagian Dun Tanjung Kapor

Hidup DDJK Bersama sinaran STARSABAH! Haji Harun Bidin, Ketia Bahagian StarSabah Tanjung Kapor