PBS bidas Warisan ambil kesempatan isu pajakan tanah 999 tahun

Sumber : Free Malaysia Today

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) menuduh kerajaan Warisan cuba mengambil kesempatan terhadap isu pengembalian semula tempoh pajakan tanah kepada 999 tahun.

Timbalan presidennya Yee Moh Chai berkata, kerajaan negeri hanya mematuhi keputusan mahkamah dengan Warisan langsung tidak memainkan sebarang peranan.

“Kerajaan Warisan boleh didakwa menghina mahkamah sekiranya mereka tidak mematuhi keputusan mahkamah untuk memanjangkan tempoh tanah pajakan daripada 99 tahun kepada 999 tahun.

“Seperti biasa, Warisan cuba mengambil kesempatan atas perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka. Ini taktik murahan, mengelirukan rakyat dan tidak tahu malu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca seterusnya disini.