Shafie Apdal hilang majoriti

Columnist : WSJ, Kawadan Klias
22 Ogos 2020

Memetik kenyataan Tengku Fuad Ahmad, peguam yang mewakili 33 ADUN Sabah dalam saman terhadap gabenor Sabah yang dilapor oleh akhbar The Daily Express pada 21 Ogos lalu.

“Ini sangat baik bagi kita, setidaknya dalam hal ini, hakim tampaknya membuat keputusan berdasarkan keputusannya bahawa Shafie benar-benar kehilangan mayoritas,” katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini hari ini .

“Dan (Shafie) hanya memiliki dua pilihan berdasarkan Pasal 7 (1) perlembagaan Sabah, yaitu mengundurkan diri atau meminta pembubaran.”

Ini sekaligus menyangkal dakwaan oleh sesetengah pihak yang mereka masih mempunyai majoriti semasa permohonan pembubaran DUN dikemukakan oleh Shafie kepada TYT.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim juga mendapati yang 33 ADUN mempunyai locus standi atau berhak untuk memohon semakan kehakiman.

Permohonan semakan kehakiman oleh 33 ADUN hanya mendapat kesulitan daripada pengertian atau penterjemahan ertikata ‘nasihat’ (advise) dan ‘permintaan’ (request) dalam konteks Perlembagaan Negeri Sabah. Disini Pesuruhjaya Kehakiman dan peguam 33 ADUN tidak bersetuju dengan pemahaman ertikata.

“Malangnya, di mana kita tidak setuju dengan hakim adalah penggunaan kata ” nasihat ” dan ” permintaan “.

“Kami akan membawa ini ke Mahkamah Rayuan kerana di Sabah kami tidak berpandangan bahawa permintaan dan nasihat adalah perkara yang sama.

“Mereka mungkin mempunyai pengertian yang sama di Perak atau Kedah, atau negeri-negeri Tanah Melayu tetapi di negeri-negeri itu mereka mempunyai Sultan. Dan di Sabah kita mempunyai gabenor yang bukan kerabat diraja.

Ada yang berpendapat yang rayuan kepada Mahkamah Rayuan hanya ‘buang masa’. Ini mungkin disebabkan oleh pemahaman cetek dalam hal implikasi kepada perundangan sekiranya tidak dibicarakan. Samada rayuan kelak berjaya atau tidak, ia adalah usaha positif jangkamasa panjang dalam mempertahankan dan memperkasakan Perlembagaan Negeri Sabah.

Keputusan Mahkamah Rayuan kelak akan menjelaskan kekaburan pemahaman erti kata ‘nasihat’ dan ‘permintaan’ dalam konteks Perlembagaan Sabah. Bukankah ini baik dan harus disokong?

Apa-apa pendapat atau pencarian Kehakiman kelak akan menjadi ‘precedent’ atau rujukan untuk kes masa hadapan. Tiada lagi keraguan dan perlembagaan kita tidak boleh lagi dimanipulasikan.

Undang-undang atau perlembagaan tidak boleh di ‘cherry pick’ untuk kesesuaian kita – Seperti membeli ikan di pasar. Undang-undang seharusnya tidak berat sebelah. Ia harus hanya berat sebelah kepada pihak yang benar dalam penguatkuasaan undang-undang.

Keluhuran perlembagaan dalam apa-apa pergolakan politik kita harus dipertahankan walaupun keputusan tidak berpihak kepada kita. Proses undang-undang harus dihormati.

Bila Perlembagaan Negeri yang menjadi asas kepada undang-undang lain dinegeri kita boleh dibelakangi, maka disitulah akan berlakunya penyalahgunaan kuasa, rasuah, penindasan dan sebagainya.

Berita penuh oleh Daily Express boleh dibaca disini.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis.