Paginatan Menyertai StarSabah

  • 22/08/2020
  • Parti
Yb Datuk Abidin Madingkir bersama Presiden StarSabah Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan

Ranau, 22hb Ogos 2020: YB Datuk Abidin Madingkir mengetuai lebih seribu ahli-ahli UPKO di Paginatan dan Kundasang menyertai StarSabah.

Majlis kemasukan ini diadakan di Kg. Lohan dan dihadiri sekitar 200 ahli-ahli baru dan juga pemimpin StarSabah peringkat akar umbi dan Negeri.

Presiden StarSabah, Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan sendiri telah hadir mengalu-alukan penyertaan Wakil Rakyat Ranau itu dan menerima borang keahlian baru.

Abidin Madingkir yang merupakan mantan Naib Presiden UPKO telah meninggalkan parti lamanya apabila memberikan sokongan kepada mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Seri Musa Aman bulan Julai yang lalu.

Beliau bersama 32 ADUN yang lain telah memberikan sokongan kepada Musa Aman untuk mengambil alih kerajaan Sabah daripada Party Warisan. Perkara ini telah membawa kepada pembubaran DUN oleh Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir dalam Majis itu ialah Ketua Bahagian Paginatan, Tuan Feddrin Tuliang. Beliau mengucapkan selamat datang kepada Yb Abidin Madingkir dan bersedia memberikan sokongan dan kerjasama kepada beliau demi memantapkan StarSabah.

Adakah akan ada lagi ADUN yang akan menyertai StarSabah selepas ini? Sama-sama kita saksikan perkembangan politik tanah air di samping terus mengharapkan yang terbaik untuk rakyat Sabah.