YB Datuk Dr Jeffrey Prihatin Bersama Rakyat

Terry Yong, StarMedia Tambunan

Dalam menghadapi suasana Pilihanraya Negeri dan dengan kesibukan yang tidak dapat dielakkan, wakil rakyat P180 Keningau dan Adun N39 Tambunan yang juga merangkap Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (DDJK) tidak mengabaikan rakyat dikawasannya.

Program Prihatin Rakyat tetap diteruskan dengan mewakilkan Tuan Alexius Kiob, Setiausaha Eksekutif YB Datuk untuk menyampaikan beberapa sumbangan/derma berbentuk kewangan untuk meringankan beban pada penduduk yang memerlukan.

Antara yang menerima sumbangan ini ialah Puan Julia Kuntabai dari Kg Donggiluang yang memerlukan wang untuk membiayai kos pengangkutan cucunya ke sekolah. Puan Martha Arah dari Kg Donggiluang juga menerima sumbangan bagi meringankan beban sebagai ibu tunggal.

Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada keluarga mendiang Felix Lounis dari Kg Rantai Bundu Apin-Apin atas kesusahan keluarga yang menimpa baru-baru ini. Salam takziah.

Seterusnya sumbangan kewangan juga diberikan kepada Puan Jubina Joinip dari Kg Tikolod Ulu bagi membantu meringankan beban perubatan suaminya.

Sumbangan kewangan untuk meringankan beban ibu tunggal Pn Martha Arah dari Kg Donggiluang.

Dalam masa yang sama Tn Albert Tahir, Ketua JDM Mukim Monsorulong mewakili DDJK juga berkesempatan melawat dan seterusnya menyampaikan sumbangan kewangan kepada En. Stanis Kasun juga daripada Kg Tikolod Ulu bagi membantu dalam kos rawatan perubatannya.

Program Prihatin Rakyat yang dikendalikan oleh Pejabat Wakil Rakyat N39 akan diteruskan dari masa ke semasa. Khidmat kepada rakyat akan terus cemerlang dan sentiasa komited.