SERANGAN PERIBADI KE ATAS DDJK TEKNIK MELEMAHKAN PARTI STARSABAH MENJELANG PRN

Kota Kinabalu, 21 Ogos: Serangan peribadi ke atas Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STARSABAH) dan Ketua Pembangkang Sabah Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (DDJK) merupakan teknik pihak musuh untuk melemahkan parti STARSABAH menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada bulan depan.

Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami perkara ini memang sudah dijangka akan direka oleh pihak lawan memandangkan sepanjang penglibatan DDJK dalam politik dan pentadbiran negeri beliau tidak mempunyai sebarang rekod tidak baik yang boleh dijadikan sebagai senjata oleh pihak lawan untuk menjatuhkan reputasinya.

“Jika kita lihat pemimpin-pemimpin negeri yang ada sekarang ini mempunyai rekod kepimpinan yang teruk yang mana mereka ini pernah ditangkap oleh Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikaitkan dengan penyelewangan semasa pentadbiran mereka”

“Kes mereka ini bukannya dibuktikan tidak bersalah di mahkamah tetapi sebaliknya tidak diteruskan apabila mereka memenangi pilihanraya ke-14”

Menurut Ts. Ir. Jovilis kerisauan pihak lawan kepada DDJK sebanarnya ialah mereka melihat bahawa DDJK ini merupakan individu yang boleh menghalang cita-cita mereka daripada melaksanakan dasar-dasar yang boleh merugikan dan memudaratkan rakyat Sabah di kemudian hari.

Tambah Ts. Ir. Jovilis lagi pihak lawan juga melihat dan menyedari bahawa sejak tahun lepas banyak ahli-ahli parti mereka meninggalkan parti dan memilih parti STARSABAH sebagai landasan untuk berjuang kerana merasa yakin bahawa DDJK boleh membela masa depan Sabah dan bukannya parti Kerajaan Negeri ketika ini.

“Keahlian parti STARSABAH ketika ini sudah melebihi 300,000 ribu ahli hasil daripada ahli parti kerajaan negeri berpindah ke parti STARSABAH dan ini sudah tentu merisaukan mereka”

Ts. Ir. Jovilis menambah dengan keahlian parti yang begitu banyak sudah tentu parti STARSABAH mempunyai harapan tinggi untuk menambah beberapa banyak lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN nanti dan ini juga menambah kegusaran pihak lawan kerana mereka tahu bahawa pemimpin-pemimpin yang dilahirkan dalam parti STARSABAH ini sangat agresif dalam mempertahankan hak-hak Sabah.

“Apabila ramai ADUN parti STARSABAH di dalam DUN Sabah maka sudah tentu ianya menghalang mereka daripada berbuat sesukahati terhadap Sabah”

“Hak-hak Sabah yang selama ini menjadi impian rakyat Sabah akan menjadi kanyataan kerana ramai ADUN kita akan menyokongnya apabila sesuatu dasar yang ada kiatan dengan hak-hak Sabah itu dibentangkan”

Ts. Ir. Jovilis turut mengingatkan kepada semua ahli STARSABAH supaya terus komited untuk menyokong DDJK agar memperolehi kemenangan dalam PRN yang akan berlangsung pada 26 Setember 2020.


“Saya berharap setiap diantara kita akan faham bahawa apa yang diviralkan dalam media-media sosial itu merupakan fitnah untuk melihat parti STARSABAH kalah dalam PRN nanti”

“Kita sebagai ahli STARSABAH harus yakin dengan kepimpinan dan keperibadiaan presiden kita yang sudah berpuluh tahun berjuang untuk mempertahankan hak-hak Sabah sehingga sanggup meringkuk dalam tahanan ISA”.