BINTANG BORNEO TAWAN KUBU WARISAN

  • 21/08/2020
  • Parti
Pransol Tiying, Penyelaras Parlimen P. 167 Kudat

KG KONDINGA, TG. PIRING, Jumaat-21 Ogos, StarSabah terus bersinar menyuluh perjuangan ke landasan sebenar dengan tertubuhnya Cawangan Kg. Kondinga secara rasmi hari ini. Penubuhan cawangan ini dirasmikan oleh Penyelaras P167, Tn. Pransol Tiying.

En. Edwin Batu, pemimpin yang bertanggungjawab memenangkan cawangan ini di bawah Parti Warisan telah mengambil langkah bijak dengan membawa masuk hampir semua ahli di cawanganya untuk menyertai perjuangan parti.

Kg. Kondinga, Pitas

Kemasukan dan penubuhan cawangan StarSabah Kg. Kondinga ini turut membuktikan aura penarik yang dimiliki Penyelaras Parlimen Star P167. Sebelum ini pun beliau berjaya memberi keyakinan kepada beberapa pemimpin parti lain untuk turut berjuang di bawah Parti StarSabah.

Ahli-ahli yang baru menyertai StarSabah

Sudah nyata perjuangan parti semakin difahami dan nama StarSabah semakin meniti di bibir pengundi khususnya N2 Bengkoka. StarSabah terus bersinar memperjuangkan agenda Sabahan.

Sumbangan Berita Oleh Porompod Tanah