Mesyuarat Agung Bahagian Tri Tahunan N. 45 Sook.

  • 20/08/2020
  • Parti
Mesyuarat Agung Bahagian Tri Tahunan N. 45 Sook

Sook, 19hb Ogos 2020 : StarSabah Dun 45 Sook telah mengadakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan, bertempat di rumah kediaman YB Datuk Elliron Angin.

Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk memilih dan memberikan mandat kepada Ahli Jawatankuasa Bahagian serta Wiramuda dan Wiranita yang baru bagi sesi 2020 – 2023.

Ahli – ahli StarSabah Dun Sook sebulat suara mengangkat YB Datuk Elliron Angin kembali sebagai Ketua Bahagian.

Yb Datuk Elliron Angin, Ketua Bahagian Dun Sook merangkap Timbalan Presiden StarSabah

Tuan Alexsius pula telah dipilih sebagai Ketua Wiramuda dan Puan Flovia terus diberikan mandat mengetuai Wiranita StarSabah di Sook.

Wiranita StarSabah Bahagian Sook, diketuai oleh Puan Flovia Ng

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan masing-masing menyuarakan kepercayaan kepada Yb Datuk Elliron Angin dan juga pucuk pimpinan StarSabah di peringkat negeri.

Hadir memantau dan juga merasmikan Mesyuarat Agung Bahagian Tri ini ialah Pengarah Strategi StarSabah, Tuan Edward Linggu dan Dr. Paul Porodong bersama rombongan dari Ibu Pejabat StarSabah.

Tuan Edward Linggu bersama Dr Paul Porodong hadir memantau perjalanan Mesyuarat Agung Bahagian Sook

Semangat juang di kalangan penyokong juga jelas terlihat apabila ramai yang menyatakan dengan yakin bahawa, mereka sudah bersedia menakluki Sook semula sekiranya berlaku Pilihanraya pada bila-bila masa sahaja.

Ahli-ahli StarSabah di Sook yang hadir mesyuarat

Tahniah kepada barisan Ajk Bahagian yang telah dipilih.