Kerusi N39 Tambunan Tetap Milik Star Sabah.

  • 21/08/2020
  • Parti
Patrick Paunil, Ketua Bahagian Dun N.39 Tambunan

Kerusi DUN N39 Tambunan yang dimenangi oleh penyandang pada PRU14 lalu Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan dipertahankan biarpun timbul desas-desus yang kurang sihat. Tidak dinafikan ada parti yang mendakwa kerusi tersebut patut dipulangkan atas sebab ianya bermula dari Tambunan. Ini sesuatu yang kurang wajar apabila dilihat senario politik semasa telah berubah, rakyat juga akan beralih arah atau turut berubah. Terdapat banyak factor yang menyebabkan semua ini berlaku.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) diasaskan pada 14hb July 2016 yang diketuai oleh Presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Pada umumnya Star Sabah ditubuhkan untuk menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan melalui Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 bagi membentuk Persekutuan Malaysia. Star Sabah ingin melaksanakan reformasi pada sistem pemerintahan yang lebih adil untuk rakyat khususnya di negeri Sabah

Tiada yang boleh menafikan Datuk Dr Jeffrey pernah menyertai parti Star (State Reformasi Party) Sarawak dan pernah melancarkannya untuk perjuangannya di Sabah pada 6hb Januari 2012 di KDCA Penampang, Kota Kinabalu. Dr Jeffrey meninggalkan Star Sarawak dan dengan sokongan ahlinya telah menubuhkan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR SABAH). Parti STAR SABAH semakin hari semakin diminati dan ini boleh dilihat dengan peningkatan keahlian baru melebihi 100k orang semenjak 2 tahun lepas.

Berbalik kepada isu di N39 Tambunan, Barisan kepimpinan Bahagian Star Sabah N39 Tambunan dan seluruh ahlinya masih tetap mahukan Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai wakil rakyat dan wakil suara rakyat daerah Tambunan. Pelbagai program dibentuk dan salah satunya adalah projek pembangunan di setiap kampung. Setiap kampung didaerah ini tidak terkecuali daripada pembangunan melalui dana pembangunan Parlimen P180 Keningau. Program prihatin rakyat yang dijalankan sejak lama dulu masih tetap diteruskan, dalam ertikata lain biarpun program ini tidak secara langsung adanya kehadiran wakil rakyat tetapi ahli jawatankuasa Bahagian tetap menjalankan tugas-tugas bagi mewakili Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Patrick Paunil Ketua Bahagian Star Sabah N39 Tambunan menegaskan beliau dan ahli jawatankuasa Bahagian termasuk sayap wiramuda dan wiranita akan berkerja keras dan akan terus menghulur khidmat kepada warga dan masyarakat Tambunan demi mencapai kemajuan dan pembangunan yang pada dasarnya diilhamkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan sendiri.

Jentera pilihanraya sedang dalam penyusunan dan akan siap dalam sedikit masa lagi. Pada kali ini jentera telah ditubuhkan seawal sebelum pembubaran DUN diumumkan. Kesiap-siagaan telah disusun atur dan ahli jawatan kuasa diperingkat setiap PDM sedang diperhalusi dan dimuktamadkan bersama Pengarah Jentera Pilihanraya N39 Tambunan.

Jawatankuasa Bahagian dan seluruh ahli STAR SABAH N39 Tambunan akan terus menyokong penuh dan berdiri teguh dibelakang YB Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan bagi membawa dan membangunkan daerah Tambunan kearah kecemerlangan masa depan penduduk daerah Tambunan.

Pada pilihanraya ke 14 lalu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah memperolehi 6’136 undi berbanding pencabar terdekat Tan Sri Pairin Kitingan yang memperolehi 5’099 undi. Jumlah undi majoriti sebanyak 1’037 yang diperolehi YB Dtk Jeffrey Kitingan menandakan rakyat Tambunan kini mahukan perubahan dan reformasi politik dan ekonomi.

Patrick Paunil turut melafazkan harapan agar satu lawan satu pada pilihanraya negeri akan datang boleh berlaku dengan Star Sabah menyandang kerusi N39 Tambunan. Kesepakatan, permuafakatan dan kerjasama amat penting untuk menumbangkan mantan kerajaan Warisan Upko dan PH yang dilihat lebih MESRA PTI.