Mesyuarat Agung Tri Tahunan Bahagian N9 STARSABAH Tempasuk

  • 21/08/2020
  • Parti

Admin StarMedia

Tempasuk, Kota Belud 16hb Ogos 2020: Seperti bahagian – bahagian StarSabah yang lain, StarSabah di Tempasuk tidak terkecuali mengadakan Mesyuarat Agung Bahagian Tri Tahunan.

Lebih istimewa lagi, sempena mesyuarat Agung Bahagian ini, Pejabat Perhubungan Parti Solidariti Tanah Airku Dun Tempasuk turut dirasmikan oleh Tuan Ardino Diris, mewakili Yb Datuk Dr Jeffrey G Kitingan. Tuan Ardino Diris yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung Parti juga hadir sebagai pemantau perjalanan mesyuarat tersebut.

Tuan Ardino Diris berucap

Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 200 orang ahli StarSabah itu berjalan lancar dengan memilih kembali Tuan Suwah Bulleh sebagai Ketua Bahagian.

Barisan Ahli Jawatankuasa Bahagian Tempasuk juga menyaksikan gabungan orang lama dengan tenaga muda dari seluruh pelusuk Tempasuk.

Penyerahan borang keahlian baru sebanyak 1000 ahli baru

Dengan pelaksanaan Mesyuarat Agong Bahagian Tri Tahunan ini, kita harapkan agar StarSabah semakin mantap menawan hati pejuang – pejuang di Kota Belud khususnya di Dun Tempasuk.