Dalam Politik Kawan Jadi Lawan dan Lawan Jadi Kawan

Columnist : Ts. Ir. Jovilis Majami 18 Ogos 2020

Jovilis (Kanan)
  1. Dalam politik seerat mana pun persahabatan ketika dalam satu parti tidak akan dapat dipertahankan selama-lamanya selepas mereka bukan lagi dalam satu parti.
  2. Suami isteri juga akan bergaduh sekiranya mereka punyai pegangan parti yang berbeza.
  3. Begitu juga jadinya dengan mantan Ketua Wiramuda STAR Sdr. Terence Sinti selepas menyertai parti UPKO.

Tidak Ada Istilah Katak Sebelum Kerajaan Dibentuk – Bekas Pemuda STAR

  1. Walaupun saya ada mendengar bahawa ada sedikit persefahaman sebelum beliau keluar dari parti STAR Sabah yang mana tidak akan berlaku serang menyerang antara beliau dengan parti STAR Sabah tapi nampaknya MOU itu mula tidak terpakai.
  2. Sebenarnya, saya tidak banyak masa bersama dengan bekas Ketua Wiramuda STAR Sabah ini walaupun ada lebih kurang 3 bulan saya bersama STAR Sabah sebelum beliau mengambil keputusan untuk keluar dari parti pada 10.02.2020.
  3. Satu-satunya masa panjang kami berdua ialah semasa PRK Kimanis yang mana beliau menghubungi saya untuk menemankannya ke satu program ketua-ketua pemuda di Kimanis pada ketika itu.
  4. Namun, perjalanan panjang kami tidak pula mantan Ketua Wiramuda ini menyebut tentang ketidakpuasan hati beliau terhadap tidnakan parti STAR Sabah bergabung dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Musa Aman selepas PRU14.
  5. Malahan semasa sesi ucapan beliau dalam program itu, beliau masih sempat menyatakan kesedihannya kerana parti STAR Sabah hanya sempat untuk menjadi Kerajaan Sabah dalam masa 2 hari.
  6. Dalam ucapan beliau itu juga, beliau masih sempat menyelar tindakan parti UPKO yang keluar daripada kerajaan yang dibentuk pada 09.05.2018 untuk bersama-sama dengan Warisan bagi membentuk kerajaan baru.
  7. Apa pun saya tetap menghargai beliau ini sebagai rakan seperjuangan yang kental suatu ketika dulu.
  8. Saya percaya beliau tidak akan melupakan STAR Sabah kerana beliau ini ialah ‘first generation’ dalam parti STAR Sabah dan saya adalah generasi kedua dalam parti kata beliau semasa kami dalam perjalanan balik dari KImanis dan meliwati kawasan berlakunya Double Six yang banyak merobah landskap politik Sabah.